jom window shopping jer....

Sunday, May 22, 2011

DOA WANITA KEDATANGAN HAID



Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi
"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

(maksudnya)
Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.

Sunday, May 15, 2011

Jokes : KLCC Toilet

Satu hari ketika baru saja tiba dari Kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya.

Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Moral: Jangan menyampuk time orang bercakap...

Monday, May 9, 2011

PENGAT NANGKA.....



RESEPI NYER.....MUDAH DAN EASY.....

SANTAN - SEBIJIK KELAPA
2 GENGGAM SAGU MATA IKAN
GULA 2 SENDOK (IKUT KORANGLAH)
DAN YG PASTI NANGKA YG DH MASAK..

MEMULA MASAK SANTAN DULU
KEMUDIAN MASUKKAN GULA, KALU NK SEDAP BAU LETAK DAUN PANDAN
PASTU MASUKKAN NANGKA
PASTU DH MENGELEGAK LETAKLAH SAGU MATA IKAN
DH AGAK KEMBANG SAGU MATA IKAN TU TUTUP APILAH
ERM...APER LG...YUMMY LAH......CICAH ROTI.....EEE SEDAP TUL......



Sedapnyer.....jom makan....ni nangka peninggalan arwah ayah mertua...sbnr nyer sblm dia meninggal pg tu dia ada ckp nk amik nangkalah ptg kang....tp itu hanyalah rancangan....so after that aku yg beria srh hubby amik..sebab dh 4 bijik buah dia rosak sebab xde orang nak amik....kalu lah ayah ada x kan buah tu busuk kt dahan.....dia suker sangat....so bila aku masak ni teringt kt dia...meleleh2 air mata aku tumpah....isk....x nk lah citer sedey...ayah dh bahagia kat sana......erm..al-fatihah..........

SELAMAT HARI IBU.......................

SEMALAM BALIK AWAL DR OPIS....SELALU JARANG SGT DPT AMBIK ANAK BALIK DR SEKOLAH..TP SEMALAM DAPAT AMIK DIA.....

 DARI JAUH TGK DIA TERSIPU2 MALU....SAMBIL MENGENGGAM ERAT TANGAN SUAMIKU...TP TGN LAGI SATU DISOROKKAN KT BELAKANG...LANTAS DIA BUKA PINTU...DAN CKP....''DANIAL ADA SURPRISE...TP UMMI KENE TUTUP MATA DULU....''AKU PUN TUTUP MATA...''HAA BUKAK MI''AKU MASIH TUTUP MATA....''MI, BUKAK MATA...'' ''TADAA...''TERHARU NYER ADA SEKUNTUM BUNGA ROSE DARI ANAK KU..SIAP KAD LAGIK..."


SAYA SUKA UMMI SAYA, 
SELAMAT HARI IBU, 
DARIPADA : ADAM DANIAL.....

ALAHAI....MENITIS AIR MATAKU......SEBAK SANGAT....AKU UCAPKAN TERIMA KASIH PADA DIA...''MANA DANIAL AMIK DUIT?;''..DANIAL GUNA DUIT BELANJA DANIAL''...''TERIMA KASIH NAK''...''SESAMA MI''...''DANIAL SGT UMMI SGT KER?''...''YER MI, SGT2''.....

YA ALLAH...SEMOGA ANAK KU MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN DISELAMATKAN HIDUPNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT..KAU PERMUDAHKANLAH KEHIDUPANNYA YA ALLAH.....AMIN.........YA RABBIL ALAMIN...

DAN X LUPA KEPADA MAK SAYA JALIAH BTE MD ARIS, MERTUA SAYA AZIZAH BTE IBRAHIM.....SELAMAT HARI IBU.....LUV U SO MUCH....TIADA PENGGANTI BG TAHTA YANG DIMILIKI OLEHMU.......

Monday, April 18, 2011

Tanda-tanda orang ALIM, JUJUR, TAKWA & AHLI IBADAH.

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, April 10, 2011

erm...dah siap...tgu sejuk jer...

dah potong..nk mkn jap g..

alhamdulillah sedap sangat...

hubby n anak puji x hingat..kembang jap..

nt boleh buat lg....

korang try lah pulak....


Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )

  • 240gm tepung beras
  • 120gm tepung gandum
  • 240gm gula
  • 200ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu teh minyak jagung/kalu xde minyak masak pun boleh
  • perwarna, hijau, kuning, merah, pink, biru, ungu

Cara-cara

  1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
  2. Bahagikan aduanan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
  3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan di ikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
  4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.Tapi aku x letak pun aluminium tu..hehe..sbb xde...
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Tuesday, March 29, 2011

PROJEK IKAN KELI BERSAMA SYARIKAT AMTB

ABANG AKU..MACAM PANYELIA PULAK...DIA YG MEMPERKENALKAN PROJEK NI PADA KAMI SEMUA. TIMER KASIH YE BANG....

BEREBUT BILA DI TABUR MAKANAN

IKAN KELI REMAJA

ALONG DENGAN KOLAMNYA...

ANGAH DENGAN KOLAMNYA...HEHE..

AKULAH TU...DENGAN KOLAM...HEHE...

ANAK KELI....AIR HIJAU...KECIK2 JER...

IKAN KELI REMAJA....HEHE..AIR MASIH COKLET...

KASI MAKAN..BEREBUT2 IKAN2 TU....SERONOK TUL...

KALU KOLAM TUKAR JADI MERAH MAKNANYER IKAN SUDAH SEDIA TUK DIPASARKAN

AIK..ADA SEKOR BESAR KT SANA.....

HAA...BANYAK BETUL....

CUBA UNTUK MENAMPAKKAN IKAN2....

BANYAK NYER.......

HUHU..BESAR TUL IKAN NYER...

ALONG, ANGAH, ABANG DAN AKU...KAMI ADALAH PESERTA IKAN KELI ORGANIK

EEE..GERAM BETUL TGK IKAN2 NIH...

KELI YANG SUDAH SEDIA TUK DI PASARKAN..BESAR GILER....