jom window shopping jer....

Monday, April 18, 2011

Tanda-tanda orang ALIM, JUJUR, TAKWA & AHLI IBADAH.

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. kepada Saidina Ali R.A
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri. 

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, April 10, 2011

erm...dah siap...tgu sejuk jer...

dah potong..nk mkn jap g..

alhamdulillah sedap sangat...

hubby n anak puji x hingat..kembang jap..

nt boleh buat lg....

korang try lah pulak....


Bahan-bahan ( saiz 10" loyang empat segi )

  • 240gm tepung beras
  • 120gm tepung gandum
  • 240gm gula
  • 200ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen rose
  • 1 sudu teh minyak jagung/kalu xde minyak masak pun boleh
  • perwarna, hijau, kuning, merah, pink, biru, ungu

Cara-cara

  1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak jagung, esen ros dan garam dan separuh air ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air, kacau rata dan tapis.
  2. Bahagikan aduanan kepada beberapa bahagian dan warnakan setiap lapisan dengan warna yang berlainan.
  3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan di ikuti dengan warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
  4. Untuk lapisan yang terakhir, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.Tapi aku x letak pun aluminium tu..hehe..sbb xde...
  5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.